Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 January, 2009

RELA sri aman anjur majlis makan malam bersama pemimpin



Caption:SERIUS...Bajuri (tengah) sedang mempengerusikan mesyuarat berhubung majlis makan malam berkenaan di sini malam tadi. Turut kelihatan ialah penolongnya iaitu Joshua Ijau. Foto:ZULIA HAJI JEMAT

SRI AMAN, Sabtu (10 Jan) – Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Daerah Sri Aman akan mengadakan Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama RELA Sri Aman bertempat di Tiara Inn Restaurant bermula jam 8 malam pada 31 Januari ini.

Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel Bajuri Haji Adom berkata demikian kepada Utusan Sarawak sebaik sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat berhubung perkara ini di bilik mesyuarat tingkat 3, bangunan Lot 916, Jalan Hospital malam tadi.

Menurut beliau majlis makan malam ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan di antara pihak RELA Sri Aman dengan barisan pemimpin yang terdiri daripada golongan wakil rakyat di daerah ini.

“Majlis ini kelak secara tidak langsung akan membolehkan pihak RELA Sri Aman mewujudkan hubungan kerjasama yang lebih erat terhadap para wakil rakyat di daerah ini dalam melaksanakan pelbagai program yang berkaitan dengan RELA.

“Untuk menjayakan majlis ini seramai 120 anggota RELA Daerah Sri Aman terutama sekali dari platun Pantu, Lachau, Batu Lintang, Stumbin dan Sri Aman akan melibatkan diri dalam majlis ini,” katanya.

Bajuri turut menambah bahawa pihaknya turut mengadakan upacara penyampaian sijil Ketua Platun, sijil Kursus Menembak, sijil Operasi Tegar dan sijil penghargaan di atas sumbangan para anggotanya sebelum ini.

“Majlis pada malam itu bakal diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim, Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat, ADUN Lingga, Hajah Simoi Haji Peri dan Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji.

“Bagaimanapun pihak kami akan mengadakan semula mesyuarat berhubung Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama RELA Sri Aman ini pada 19 Januari ini kelak untuk mengesahkan segala aktiviti yang bakal diadakan pada malam berkenaan,” katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment