Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 January, 2009

Rayong - kerajaan teruskan usaha bantu rakyat


Mugshot: DR JOHNNICAL RAYONG ANAK NGIPA

SRI AMAN, Khamis ( 8 Jan) - Kerajaan negeri dibawah pimpinan komponen parti Barisan Nasional (BN) Sarawak akan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat melalui pelbagai projek pembangunan yang sedang giat dilaksanakan pada masa sekarang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata, kerajaan akan berusaha untuk memastikan peningkatan taraf kesenangan hidup rakyat memandangkan ianya telah menjadi tanggungjawab penting bagi kerajaan untuk memajukan rakyat di negeri ini.

“Rakyat telah memilih Parti Barisan Nasional (BN) untuk memimpin negeri ini dan kita perlulah menunaikan segala tanggungjawab kita terhadap rakyat dengan melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang boleh mendatangkan faedah kepada semua rakyat.

“Projek ini semua termasuklah perlaksanaan projek naiktaraf jalan raya, pembinaan jalan raya baru, bangunan-bangunan sekolah, perumahan, pembukaan kawasan pertanian komersil dan pelbagai lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 2009 bertempat di Rumah Panjang Tenggak, Basi Baru, Batang Ai Ili, dalam kawasan daerah kecil Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu katanya, pihak kerajaan negeri kini sedang giat melaksanakan pelbagai projek pembangunan seperti projek naiktaraf jalan umpamanya demi kesenangan semua pihak dan menyeru agar semua rakyat sentiasa bersabar sementara menunggu perlaksanaan sesuatu projek itu siap sepenuhnya.

Malah kata Rayong, sifat kesabaran adalah amat perlu dalam diri setiap rakyat di negeri ini sekiranya mereka ingin menikmati setiap projek pembangunan yang sedang dilaksanakan secepat mungkin.

“Kerajaan tidak melaksanakan setiap projek pembangunan yang ada secara ‘melepaskan batu di tangga’ memandangkan kerajaan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik melalui perlaksanaan pelbagai projek pembangunan,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar rakyat sentiasa menyokong pihak kerajaan negeri di bawah pimpinan BN Sarawak demi memastikan perlaksanaan pelbagai projek pembangunan yang dapat menyumbang ke arah peningkatan taraf hidup rakyat.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Lubok Antu Encik William Nyalau anak Badak dan ketua kaum dari sekitar kawasan Engkilili.

Tamat.

No comments:

Post a Comment