Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 January, 2009

Persatuan Chee Chuan Khor bagi sumbangan kepada PDK Sri Aman

Caption: UNTUK ALBUM...Lim (kiri) sedang menyampaikan sumbangan bersempena sambutan Tahun Baru Cina 2009 kepada wakil PDK iaitu Lina (kanan) sambil disaksikan oleh ahli pergerakan wanita dan kakitangan PDK terbabit hari ini.

SRI AMAN, Khamis (15 Jan) – Pergerakan Wanita, Persatuan Chee Chuan Khor (Moral Uplifting Society) Sri Aman telah menyampaikan sumbangan berupa Angpow dan makanan Tahun Baru Cina kepada 40 kanak-kanak dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sri Aman hari ini.

Jurucakap Persatuan Chee Chuan Khor Sri Aman, Alice Wee ketika dihubungi berkata kesemua Angpow berupa wang saguhati dan makanan Tahun Baru Cina 2009 ini telah disampaikan oleh pengerusi pergerakan wanitanya iaitu Lim Siang Ngo kepada Pengerusi PDK Sri Aman, Lina Andom.

“Tujuan utamanya adalah membolehkan kanak-kanak yang sedang menjalani proses pemulihan di PDK Sri Aman ini untuk sama-sama menikmati kemeriahan suasana sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

“Menerusi sumbangan ini, pihak kami (Chee Chuan Khor) secara tidak langsung telah menunaikan tanggungjawab kemasyarakatan terhadap golongan yang amat memerlukan terutamanya kanak-kanak di PDK Sri Aman ini,” katanya.

Selain itu kata Alice sumbangan terbabit juga membuktikan bahawa Chee Chuan Khor Sri Aman adalah merupakan sebuah persatuan yang amat prihatin terhadap kebajikan masyarakat di bandar ini.

Menerusi sifat keprihatinan seumpama, golongan masyarakat yang amat memerlukan ini tidak akan berasa terpinggir di sini golongan masyarakat normal yang juga selama ini menjalani suasana kehidupan lebih baik.

“Justeru saya berharap agar sumbangan pihak Chee Chuan Khor ini boleh dijadikan sebagai satu ikutan kepada mana-mana persatuan dalam bandar ini untuk tampil membantu golongan masyarakat yang kurang bernasib baik,” katanya.

Chee Chuan Khor Sri Aman adalah merupakan sebuah persatuan yang cukup aktif dalam memberikan sumbangan atau bantuan terhadap masyarakat yang dilanda masalah atau kurang bernasib baik dalam daerah Sri Aman ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment