Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 January, 2009

Perbuatan remaja membuat bising di Lot 916 bandar sri aman dikesali

SRI AMAN, Sabtu (10 Jan)– Gelagat sekumpulan remaja lelaki yang membuat bunyi bising di sekitar bangunan Lot 916, Jalan Hospital sekitar jam 9 malam tadi sememangnya menimbulkan rasa tidak senang hati dikalangan para penghuni yang menyewa bangunan berkenaan.

Kumpulan berkenaan yang terdiri daripada lapan orang remaja lelaki yang menggunakan tiga buah motorsikal dan sebuah kereta Perodua Kancil pada mula datang dari sebuah lokasi yang tidak diketahui sebelum parkir pada laluan jalan raya kecil yang terletak di kawasan belakang bangunan berkenaan.

Sebaik sahaja singgah pada laluan jalan raya kecil di belakang bangunan itu, kumpulan remaja lelaki terbabit kemudiannya melepak dan menguji sistem bunyi ‘hon’ yang terdapat pada kenderaan masing-masing.

Tindakan sekumpulan remaja lelaki terbabit yang menguji bunyi hon kenderaan mereka selama hampir 15 minit kemudiannya telah membangkitkan kemarahan sesetengah penghuni yang tidak tahan dengan situasi pencemaran bunyi terbabit.

Para penghuni yang marah dengan tindakan golongan remaja terbabit kemudiannya bertindak menegur kumpulan remaja terbabit dari kawasan tingkap bangunan dengan harapan agar mereka tidak lagi membuat bunyi bising.

Bagaimanapun kumpulan remaja lelaki itu seolah-olah tidak mempunyai nilai bertimbang rasa terhadap sensitiviti penghuni terbabit apabila mereka dengan sengaja meneruskan perbuatan biadap masing-masing.

Sehinggalah seorang penghuni lelaki berteriak terhadap mereka dengan ugutan untuk menghubungi pihak polis bagi tujuan tindakan lanjut maka barulah kumpulan remaja lelaki berkenaan beredar sambil melaungkan kata-kata sesat.

Utusan Sarawak yang turut berada berdekatan dengan lokasi terbabit melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan kumpulan remaja berkenaan yang nyata tidak menghormati kawasan kejiranan penduduk.

Tamat.

No comments:

Post a Comment