Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 January, 2009

Penduduk rayu Jalan Sukun diperbaiki


Caption: PERLU PERHATIAN...Laluan berlubang di Jalan Sukun perlu diperbaiki segera oleh pihak berwajib demi kesenangan pengguna kenderaan di laluan terbabit.

SRI AMAN, Khamis (15 Jan) – Pengguna jalan raya di bandar Sri Aman merungut apabila masalah kerosakan jalan raya yang satu lokasi di Jalan Sukun tidak diperbaiki hampir setahun yang lalu.

Utusan Sarawak yang turun padang setelah menerima panggilan telefon berhubung masalah ini daripada orang ramai mendapati bahawa kerosakan terbabit merupakan laluan berlubang selebar empat kaki setengah yang terdapat di satu sudut laluan berkenaan.

Seorang pengguna kenderaan yang hanya mahu dikenali sebagai Imong mendakwa bahawa laluan terbabit berlubang apabila terdapat sekumpulan kontraktor yang melaksanakan kerja mengorek lubang untuk memasang saluran paip di lokasi berkenaan.

“Setelah kerja terbabit selesai pihak kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan kerja ini bagaimanapun tidak bertindak untuk menurap kembali lubang pada laluan terbabit,” katanya.

Laluan Jalan Sukun yang berlubang ini menurutnya lagi ternyata telah menimbulkan kesulitan terhadap penduduk yang menetap di kawasan berkenaan sehingga adakalanya menyebabkan masalah kesesakan lalulintas di lokasi tersebut.

Malah lebih menyulitkan lagi keadaan menurut beliau apabila berlakunya hujan lebat sehingga menyebabkan laluan berlubang terbabit berbecak dan tidak dapat dilalui pengguna kenderaan.

“Lagipun pengguna kenderaan tidak akan menyedari terdapat lubang di atas laluan berkenaan apabila air hujan bertakung di dalam lubang itu sendiri,” katanya sambil menambah bahawa keadaan ini boleh menimbulkan risiko kemalangan terhadap pengguna kenderaan di laluan terbabit.

Justeru beliau merayu pihak berkuasa tempatan untuk menurap kembali lubang terbabit demi memudahkan pengguna kenderaan melaksanakan urusan harian masing-masing di bandar ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment