Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 January, 2009

Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman anjur Pentas Citra Belia 2009



Caption: SIBUK...Seorang peniaga sedang mengendalikan kaunter jualan makanan dan minuman ketika berlangsungnya program Pentas Citra Belia 2009 di Mini Stadium MDLA malam tadi. Foto:ZULIA HAJI JEMAT

SRI AMAN, Sabtu ( 10 Jan) – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah menganjurkan Pentas Citra Belia 2009 yang berlangsung di Mini Stadium Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) di sini malam tadi.

Menurut jurucakap penganjur program, Pentas Citra Belia 2009 anjuran pihak Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman ini adalah merupakan satu mukadimah bersempena dengan tahun baru 2009.

“Menerusi penganjuran pentas citra ini pihak kami secara tidak langsung akan dapat mencungkil bakat nyanyian dan tarian penduduk di bandar Sri Aman ini menerusi pelbagai acara menarik yang diadakan.

“Acara ini termasuklah Pertandingan Nyanyian Lagu Karaoke bagi Kategori Solo Lagu Iban, Kategori Solo Lagu Cina, Kategori Berduat Lagu Melayu dan Tarian Shuffle Berkumpulan,” katanya.

Program Pentas Citra Belia 2009 di Mini Stadium MDSA pada malam tadi katanya telah menyaksikan penglibatan sejumlah 12 orang peserta mengambil bahagian dalam acara saringan Pertandingan Karaoke Kategori Lagu Cina.

Manakala itu katanya 20 buah kumpulan lagi telah menyertai acara saingan Pertandingan Tarian Shuffle Berkumpulan yang juga turut berlangsung di stadium berkenaan sambil disaksikan lebih daripada 100 orang penduduk.

“Enam pasangan lagi akan bersaing dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Karaoke Secara Berduet manakala Pertandingan Nyanyian Lagu Karaoke bagi Kategori Lagu Iban pula akan melibatkan sejumlah enam orang peserta.

“Dua buah pertandingan ini iaitu Tarian Shuffle Berkumpulan serta Nyanyian Lagu Karaoke Lagu Iban akan bermula pada malam ini di Mini Stadium MDSA,” katanya sambil menambah bahawa semua saingan akhir bagi pertandingan tersebut akan dimulakan pada malam ini (10 Januari).

Pentas Citra Belia 2009 yang berlangsung di Mini Stadium Majlis Daerah Sri Aman akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim.

Program ini juga turut dimeriahkan dengan aktiviti jualan makanan, minuman dan produk barangan yang berlangsung di luar mini stadium berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment