Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 January, 2009

KPDNHEP anjur Projek Perintis Pengedaran Barangan Perlu Bersubsidi di Saratok

SRI AMAN, Sabtu (10 Jan)– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menganjurkan Projek Perintis Pengedaran Barangan Perlu Bersubsidi bertempat di kawasan Sungai Berangan dan Pekan Kabong, Saratok pada 22 Januari ini.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Sekatariat Majlis Harga Barang Negara, Salsuria bin Selamat menerusi kenyataan media ketika mengadakan mesyuarat bersama Residen Betong, Romie Sigan Daniel dan wakil jabatan bertempat di Pejabat Daerah Saratok baru-baru ini.

Projek ini yang akan dirasmikan oleh Menteri PDNHEP, Dato Shahrir Abdul Samad di dua lokasi terpilih iaitu Sungai Berangan dan Pekan Kabong pada jam 9 pagi dan 2 petang menerusi tarikh yang dinyatakan akan melibatkan sejumlah 62 orang peruncit di daerah Saratok (termasuk daerah kecil Roban dan Kabong).

“Tujuan utama projek anjuran KPDNHEP ini diadakan adalah untuk mengurangkan kadar perbezaan harga barang di antara kawasan dalam dan luar bandar di sekitar daerah Saratok.

“Projek ini kelak akan menggunakan pendekatan pengedaran barang seperti gula, tepung gandum biasa, minyak masak kampit dan beras 15 peratus hancur yang telah diberi subsidi bagi tujuan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat negara ini terutama sekali di kawasan luar bandar,” katanya.

Salsuria menerusi kenyataan terbabit juga turut menambah bahawa premis yang mengikuti program ini akan menjual barang kawalan seperti beras 15 peratus hancur dengan harga RM18 sekampit, gula pasir kasar RM1.70 sekilogram, minyak masak sawit RM2.75 sekampit dan tepung gandum (kegunaan am) dengan harga RM1.45 sekilogram.

Justeru orang ramai di kawasan daerah Saratok menerusi program itu nanti katanya akan berpeluang untuk menikmati harga subsidi barang kawalan tersebut yang telah diperuntukkan oleh kerajaan sebelum ini.

Projek anjuran KPDNHEP terbabit adalah merupakan projek perintis selepas ianya diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang, Pekan di Pahang dan Sipitang di Sabah.

Tamat.

No comments:

Post a Comment