Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 January, 2009

Gereja Saint Stephen Pantu anjur majlis merarau sempena Krismas


Caption: SEMPENA KRISMAS...Para AJK Gereja Saint Stephen Pantu sedang mempersembahkan nyanyian lagu Krismas ketika berlangsungnya majlis. Turut kelihatan ialah Reverend Father Philip Mang (kanan sekali).

SRI AMAN, Rabu ( 7 Jan)– Gereja Saint Stephen Pantu telah menganjurkan Majlis Merarau bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Krismas 2008 bertempat di dewan Gereja Saint Stephen, dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Pengelola Majlis, Reverend Father Philip Mang berkata majlis merarau ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan dikalangan ahli jawatankuasa gereja terbabit dan penganut agama Kristian dari kawasan Pantu.

“Malah majlis merarau ini juga secara tidak langsung dapat memeriahkan lagi suasana sambutan perayaan Krismas yang dirayakan secara serentak oleh penganut agama Kristian di seluruh dunia.

“Justeru atas kesempatan ini pihak kami (Gereja Saint Stephen Pantu) telah mengadakan majlis merarau yang membabitkan ahli jawatankuasa gereja dan penduduk beragama Kristian di daerah kecil Pantu ini,” katanya ketika berucap merasmikan majlis berkenaan.

Selain itu majlis merarau ini menurut Philip juga membolehkan pihaknya untuk mengumpul dana bagi tujuan kegunaan pihak Gereja Saint Philip Pantu yang telah ditubuhkan semenjak 35 tahun lepas.

Justeru beliau berharap pihak Gereja Saint Stephen Pantu dapat mengadakan majlis seumpama ini di masa akan datang demi merapatkan lagi hubungan di antara para penduduk beragama Kristian dalam daerah ini.

Majlis Merarau bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Krismas 2008 anjuran Gereja Saint Stephen Pantu ini dimulai dengan persembahan nyanyian lagu Krismas oleh AJK gereja terbabit.

Sebaik sahaja selesai persembahan itu, kesemua para hadirin telah menikmati jamuan makan yang telah disedia sambil dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu karaoke.

Tamat.



No comments:

Post a Comment